Ahad, 9 Januari 2011

ADA LAGI VARIASI BOTOL NI


Bagi penutup tahun 2010 saya telah menemui botol ni...
saya memang suka dgn botol2 yg warna hijau mcm ni...hehehe.
botol ni lebih kurang sama dgn botol sebelumnya cuma bezanya tertulis
300 ML
THE AMOY CANNING CORP'N (S) LTD.
SINGAPORE


dan beza dari segi gambar buih Bubble UP botol ni kecil sedikit dari botol sebelum ini
apa2 pon kita layan ......


Pandangan hadapan botol


pandangan belakang botol



sekiranya kawan2 ada terlihat variasi lain selain dari botol ni dan N3 saya sebelum
boleh lah bagi info....

Ahad, 2 Januari 2011

Botologi Hi Tea

BERITA TERKINI

Adalah dengan ini dimaklumkan
satu aktiviti "Botologi Hi Tea''
akan diadakan Pada:-

Tarikh : 29 Jan 2011 (sabtu)
Masa : 3.00 ptg - 7.00 ptg
Lokasi : Ipoh Station Antik Cafe, Bandar Puchong Jaya.
Lokasi : Ipoh Station Antik Cafe, Bandar Puchong Jaya.
Bayaran : RM 10.00 seorang(bayaran makanan dan minuman)


Hi tea ni bertujuan
-merapatkan silaturahim
-berkongsi maklumat
-Pemilihan lokasi Trade Fair setreusnya berkemungkinan pada bulan feb ??

-Penerbitan buku
-Pembabitan para collector coke pada hari coca cola sedunia 'mei 2011'
dan lain2 lagi
Para collector / keluarga juga dijemput sama utk hadir pada perjumpaan ini. Bayarannya sama (RM10) macam apa yang collector bayar. Kalau nak order ala-carte/lain dari yang hi tea hidangkan sila bayar berasingan di kaunter yg disediakan.

Kalau korang ada xtra barang nak let go, bawa sekali, kita deal kat kereta. Amacam setuju....

Semua peminat COCA COLA/SODA/AERATED yang berada di lembah kelang dan di sekitaran malaya di jemput hadir. Yang jauh kita rapatkan , yang rapat kita rapatkan lagi dan yang penting jangan duduk regang-regang, 'moh duduk rapat-rapat' .

Sila hubungi en mat/masukkan nama di ruangan komen/chat box utk penyertaan. Bagi cara bayaran email kamil682000@yahoo.com utk mendapatkan no akaun bank. Sila sms jika
bayaran sudah dibuat

Nota

Tempat adalah terhad. BOOK NOW.Diwajibkan memakai baju Coca Cola / Soda/ Aerated pada hari tersebut.

Jom reramai kita meriahkan event pertama Botologi & peminat Coke /Soda/Aerated pada tahun 2011 ini.


sekian.....