Selasa, 27 Disember 2011

BOTOLOGI MALAYA

BOTOLOGI MALAYA : MALAYA VINTAGE SODA BOTTLES AND COLLECTIBLES EXHIBITION


APA YANG MENARIK TENTANG PETA INI ADALAH , BOTOLOGI AKAN MELETAKKAN SETIAP BOTOL DI DALAM PETA TERSEBUT, NANTI KAN KEMUNCULANNYA PADA28 JAN 2011.


Jom meriahkan event awal tahun 2012 ini :

MALAYA VINTAGE SODA BOTTLES AND COLLECTIBLES EXHIBITION

Lokasi : Ipoh Station Antique Cafe http://ipohstation.blogspot.com/

Tarikh : 28 Januari 2012

Hari : Sabtu

Selasa, 22 Mac 2011

Fat Bottle 7up

FAT BOTTLE 7UP

fat bottle lagi.... ni la fat bottle yang ada di kerajaan sama tak serupa..
fat bottle 7up saya ada dua jenis je satu 500ml dan satu lagi 285ml..
ni pun belum lengkap set fet bottle 7up...keadaan botol ni kurang cermelang tapi saya tetap bertuah kerana memiliki nya... pencarian masih diteruskan entah bila la nak jumpa yang lain... sesiapa yang ada lebih tu helo2 lah hantaran akan saya sediakan jika saya berkemampuan..
apa2 pun layan .......................




( Fat Bottle 500ml )




( Fat bottle 285ml )





macam mana ok tak fat bottle ni...hehehe geng2 yang kat luar sana mesti ada banyak dan cermelang keadaannya...

Ahad, 13 Mac 2011

Fat Bottle Fanta

salam pada semua....
memang susah nak lengkapkan koleksi.... tak kira apa pun barang yang kita minat...
seperti saya koleksi fat bottle ni pun tak cukup lagi... memang lemah betul saya ni.. dah lama mencari tapi masih belum berjumpa... setakat ni fat bottle Fanta yang ni je yang saya ada.
fat bottle Fanta 285ml












bila lah agak-agaknya nak dapat terutama sekali yang 500ml... kalau tak silap fat bottle fanta strawberay ada satu jenis lagi.. sesiapa yang ada atau ada lebih bagi tahu la senang saya nak masuk meminang... sesiapa yang nak berkongsi info boleh beri info kat sini .. apa2 pun layan fat bottle fanta ni

Selasa, 1 Mac 2011

mencari botol dengan bapa mertua

salam semua... dah lama rasanya menyepi....biasalah bahan tak de
dua minggu yang lepas semasa balik kampung bapak mertua ajak pi rumah kawannya... katanya ada botol lama..... hehehe apa lagi aku pun ok je....
tanpa berlengah lagi aku dan bapa mertua pun pi la rumah kawannya... sampai je kat rumah tu org tu mcm paham2 je... tapi aku sedikit kecewa sebab botol baru dengan keadaan yang rabak....
aku dan bapa mertua pun pi kerumah kawan bapa mertua aku yg lagi satu.... dan setelah memberi salam.. budak kecik je yang keluar.... bapak tak de.. tak tahu pi mana.... aku pun pi merayau2 kat tepi rumah dan terjumpalah botol ni..



apa lagi senyum sampai ketelinga la... walaupun hanya dapat beberapa biji botol itu sudah cukup buat hati ini gembira...


Selasa, 15 Februari 2011

Geran Lambretta untuk Dijual (Dah jual/ SOLD)

Di sini saya ingin menjual Geran Lambretta
butir-butir adalah seperti berikut:-


No pendaftaran : PE
Buatan : Lambretta
Nama Model : 125/LI
Keupayaan Enjin : 125 s.p
Bahan Bakar : Petrol
Tahun dibuat : 1964
roadtax baru je hidupkan sampai 20 disember 2011

harga rm 1800.... boleh la kurang sikit
sila hubungi 014-6600002 untuk keterangan lanjut

Ahad, 9 Januari 2011

ADA LAGI VARIASI BOTOL NI


Bagi penutup tahun 2010 saya telah menemui botol ni...
saya memang suka dgn botol2 yg warna hijau mcm ni...hehehe.
botol ni lebih kurang sama dgn botol sebelumnya cuma bezanya tertulis
300 ML
THE AMOY CANNING CORP'N (S) LTD.
SINGAPORE


dan beza dari segi gambar buih Bubble UP botol ni kecil sedikit dari botol sebelum ini
apa2 pon kita layan ......


Pandangan hadapan botol


pandangan belakang botol



sekiranya kawan2 ada terlihat variasi lain selain dari botol ni dan N3 saya sebelum
boleh lah bagi info....

Ahad, 2 Januari 2011

Botologi Hi Tea

BERITA TERKINI

Adalah dengan ini dimaklumkan
satu aktiviti "Botologi Hi Tea''
akan diadakan Pada:-

Tarikh : 29 Jan 2011 (sabtu)
Masa : 3.00 ptg - 7.00 ptg
Lokasi : Ipoh Station Antik Cafe, Bandar Puchong Jaya.
Lokasi : Ipoh Station Antik Cafe, Bandar Puchong Jaya.
Bayaran : RM 10.00 seorang(bayaran makanan dan minuman)


Hi tea ni bertujuan
-merapatkan silaturahim
-berkongsi maklumat
-Pemilihan lokasi Trade Fair setreusnya berkemungkinan pada bulan feb ??

-Penerbitan buku
-Pembabitan para collector coke pada hari coca cola sedunia 'mei 2011'
dan lain2 lagi
Para collector / keluarga juga dijemput sama utk hadir pada perjumpaan ini. Bayarannya sama (RM10) macam apa yang collector bayar. Kalau nak order ala-carte/lain dari yang hi tea hidangkan sila bayar berasingan di kaunter yg disediakan.

Kalau korang ada xtra barang nak let go, bawa sekali, kita deal kat kereta. Amacam setuju....

Semua peminat COCA COLA/SODA/AERATED yang berada di lembah kelang dan di sekitaran malaya di jemput hadir. Yang jauh kita rapatkan , yang rapat kita rapatkan lagi dan yang penting jangan duduk regang-regang, 'moh duduk rapat-rapat' .

Sila hubungi en mat/masukkan nama di ruangan komen/chat box utk penyertaan. Bagi cara bayaran email kamil682000@yahoo.com utk mendapatkan no akaun bank. Sila sms jika
bayaran sudah dibuat

Nota

Tempat adalah terhad. BOOK NOW.Diwajibkan memakai baju Coca Cola / Soda/ Aerated pada hari tersebut.

Jom reramai kita meriahkan event pertama Botologi & peminat Coke /Soda/Aerated pada tahun 2011 ini.


sekian.....