Jumaat, 27 Ogos 2010

Botol Suntolley's

hari ni cuti umum untuk selangor.. jadi hari ni saya duduk kat rumah je sambil2 layan koleksi saya yang tak seberapa... pas tu terlihat la pulak botol ni.... rasa2nya belum posting lagi kat blog saya ni jadi setelah disiasat maka bermual la aktiviti mengambil gambar dan hasilnya lihat sendiri
botol suntolley's ni kalau tak silap keluaran negeri terengganu setakat ni saya ada 3 versi je tak tahu la pulak kalau ada yang lain, jika sesiapa yang ada selain botol ni kongsi2 la info....
lihat la sendiri di mana yang sama tak serupa pada botol keluaran suntolley's ni
layannnnnn......................





























jika ada sesiapa yang berminat dgn botol ni boleh la menghubungi saya untuk urusan pembelian sebab saya ada lebih beberapa biji sahaja tapi botol kosong je.. arinya dah habis kena minum.


Rabu, 25 Ogos 2010

Penemuaan pertama dari pencarian

Dengan rasa gembira dan bangganya saya ingin menyatakan bahawa penemuan botol yang pertama dalam pencarian bermula 16 ogos 2010 telah berjaya di miliki. seperti kata mgtbobber
( BOTOL SODA ) kalau dah jodoh tak kemana... itulah yang saya alami sendiri...
botol ni dah lama sangat saya cari, botol berdarah kalau ikut kamus bahasa en mat tambahan pula tinggal botol ni saja lagi untuk melengkapi set botol tersebut.... memang amat payah sekali untuk mencari botol yang satu ni.... dari berkat kesabaran dan penantian selama ini maka telah berjaya memiliki botol ni....rezeki di bulan puasa dan kehendak allah maka botol tersebut telah berada didalam simpanan saya... memang sungguh gembira rasa dihati ,senyum dari semalam hingga kini mungkin juga sampai berhari2..hehehehe.
pada 20 ogos 2010 ketika saya memandu kereta dalam perjalanan pulang kekampung saya menerima satu sms yang menyata botol yang saya cari ada padanya..
maka tertanya2 lah saya pada diri sendiri siapa kah yang mempunyai botol ni.. setalah beberapa jam berlalu maka terjadi la perbualan antara saya dan pemilik botol tersebut..... beliau hanya mahu dikenali sebagai din sahaja.. setelah berbual dlm masa yang singkat dan dipendekkan cerita abg din ni memberi botol tersebut kepada saya dengan ikhlas tanpa bayaran atau penukaran barang.. ia sebagai galakan bagi meneruskan hobi menyimpan botol...
ucapan ribuan terima kasih tak terhingga kepada abg din kerana memberi botol ini... jasa, galakan dan pemberian akan saya hargaai dan kenang sampai bila2.
dan semala botol tersebut telah sampai ketangan saya..... botol tersebuta adalah Botol dari keluarga MIRINDA iaitu Mirinda M hijau....
botol oh botol dapat juaga akhir nya... tapi pencarian saya belum berakhir, masih banyak botol yang belum saya ada....
apa2 pon mari kita layan botol ni....
Layannnnnnnn....................



Isnin, 16 Ogos 2010

Pengisytiharan Pencarian

Assalamualaikum
Adalah dengan ini beta sebagai soltan kerajaan sama tak serupa ingin mengisytiharkan bahawa kerajaan di bawah pemerintahaan beta memerlukan beberapa botol dan singboard... oleh yang demikian adalah dimaklumkan barangsiapa memiliki, mempunyai atau mengetahui sesiapa yang ingin menjual atau trade barang2 tersebut boleh lah berurusan dengan menteri2 beta di samatakserupa@gmail.com ataupun melalui istana beta di ruangan apa mau cerita dan boleh juga menghubungai beta secara terus di talian 012-3588493. kepada sesiapa yang mempunyai maklumat dan sehingga berjaya nya urus niaga tersebut beta akan memberi ganjaran sebanyak 30,000.00 rupiah atau rm 10 yang mana ikut suka hati beta la...dan beta juga akan menganugerahkan pingat DKTKMB ( Darjah Kebesaran Terima Kasih Mendapatkan Botol ) yang membawa gelaran Datuk Wira utama botologi. segala maklumat dan gambar botol2 dan singboard tersebut akan menteri2 beta siarkan , maklumat dan gambar botol dan signboard akan di posting secara berterusan di halaman ini.... kerjasama semua amat beta perlukan dan hargai.
sekian

Senarai Barang2 Yang Dicari

dan botol2 tersebut hendaklah sama seperti gambar yang tertera






botol embossed long chan 400ml


botol long chan orange crush 200ml dan 400ml



botol long chan 200ml dan 400ml


botol fanta

botol 7 up 500ml

botol Mirinda M botol hijau ( dah dapat )



botol Tropi

setelah difikir2 kan hari ni saya keluarkan pulak botol tropi.... botol ni hasil korek hari tu..
ini lah dia botol tropi yang ada kat saya, lihatlah apa yang sama tak serupa pada botol ni.... layan....

secara jujurnya dah tak banyak botol kat rumah saya.... beberapa kali lagi posting habis la pastu tak tahu nak tulis apa pulak.. mungkin saya akan tunjukkan pulak koleksi duit malaysia yang saya ada....
ok selamat berpuasa dan berbuka...

Khamis, 12 Ogos 2010

Botol Sinalco

Jajarkan ke TengahTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan yang memberi sokongan sehingga berjayanya Buy, sell & Trade Fair (Coca-cola & Botol Soda) Pada Hari Ahad Yang Lepas (8/8/2010)
sokongan Dan penglibatan anda semua amatlah dihargai.
Hari ni saya keluarkan pulak botol Sinalco.... ni je lah botol Sinalco yang saya ada.... saya ada 8 biji je mungkin banyak lagi yang saya tak ada... kalau ada info bagi latahu boleh la saya mencari botol tu...
Saya tak berapa tahu sangat mengenai botol sinalco ni... setahu saya Frightrice lebih arif mengenai botol sinalco ni... sila rujuk blog http://ayerlamned.blogspot.com/
apa2 pun layannnnn.... sama tak serupa








Botol sinalco yang ada ring di tegkuk botol


ni botol sinalco yang ada tulis 250 ml

versi botol sinalco yang aku ada