Khamis, 30 Disember 2010

botol 7UP versi akhir

salam semua.....
hari ni saya nak berkongsi pula botol 7UP koleksi saya yang yg tak seberapa ni... kalau tak salah ini adalah botol 7UP Versi terakhir...saya percaya ramai yang ada botol ni... mari kita lihat apa yg sama tak serupa pada botol ini


botol di bawah ni adalah versi yang ke2 akhir



kat bawah ni pulak versi terakhir sekali

ok....harap anda semua layan.......

Sabtu, 18 Disember 2010

7UP

salam kpd semua....
hari ni aku kemas2 koleksi aku maka keluar la pulak benda ni....



barang ni aku dapat dari seorang kawan... harga nya pun berpatutan... kira aku bernasib baik sebab cepat kalau tak melepas juga barang ni...
7UP ni salah satu jenama kegemaraan aku ... aku ada la beberapa biji botol 7UP ni ... akan datang aku akan paparkan botol 7Up yg aku ada, masih banyak lagi botol 7UP yg aku tak de..
setahu aku la botol 7UP ni semua nya warna hijau.... sejuk mata memandang.jika ada apa2 info boleh lah kita kongsikan bersama.
apa2 pun layan..............








Ahad, 14 November 2010

untuk dijual (Dah jual/ SOLD)

Memandang kan ekonomi sekarang ni tak berapa baik.... kerajaa sama tak serupa memerlukan sedikit suntikan kewangan bagi memeriahkan lagi kerajaan sama tak serupa... oleh itu kerajaan sama tak serupa terpaksa menjual satu kenderaan rasmi kerajaan berupa
LAMBRETTA
adalah dengan ni jualan di buka serta merta yang mana harga di buka RM8500.( boleh kurang lagi)
keadaa Lambretta ni sangat memuaska.
roadtax telah tamat pada 28/6/2010 dan akan dihidupkan secepat mungkin
boleh menghubungi ayah aiman di talian 014-6600002
segala pertanyaan akan dilayan secepat mungkin
sekian terima kasih

Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini saya dan keluarga "sama tak serupa" ingin mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
ingin memohon maaf kepada semua, terutama sekali kepada geng2 botol, andai kata ada terkasar bahasa, tersilap kata atau mengata2 saya memohon seribu kemaafan.
kepada yang pulang ke kampung saya doa kan semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju,
memandu berhati2, jangan ikut perasaan, biar lambat asalkan selamat...
di sebabkan cuti panjang maka tiada entry dalam masa cuti tersebut maklumlah rumah kat kampung tak de internet.
selamat hari raya
maaf zahir dan batin

Khamis, 2 September 2010

Botol Bubble up

hari ni saya pening kepala sebab hari ni satu hari pusing2 cari kedai tayar.... apa taknya tayar kereta dah botok samapi nampak dawai...tak perasan langsung sebab tak tengok sangat...main naik je... lain la botol hari2 tengok sejuk hati... tengah2 pening ni saya nak entry la pulak botol ,
botol apa ni ya....nampak menarik... ni adalah diantara botol kesukaan saya.... hijau je botol ni...
hehehe...
ini la dia botol Bubble up.... setakat ni saya ada 4 versi je botol Bubble up ni ... pada kawan2 jika ada versi lain botol ni kongsi2 la info....
keadaan botol ni tak berapa boleh dibanggakan disebabkan mempunyai kecacatan
pada lebelnya.. apa2 pon saya masih berpuas hati kerana memiliki botol ni... sambil2 tu cari juga yang elok untuk upgread mana yang kuarang elok.
Ada yang sama tak serupa pada botol Bubble up ni apa2 pun
layannnnnnnnnnnnnnnnn....















Jumaat, 27 Ogos 2010

Botol Suntolley's

hari ni cuti umum untuk selangor.. jadi hari ni saya duduk kat rumah je sambil2 layan koleksi saya yang tak seberapa... pas tu terlihat la pulak botol ni.... rasa2nya belum posting lagi kat blog saya ni jadi setelah disiasat maka bermual la aktiviti mengambil gambar dan hasilnya lihat sendiri
botol suntolley's ni kalau tak silap keluaran negeri terengganu setakat ni saya ada 3 versi je tak tahu la pulak kalau ada yang lain, jika sesiapa yang ada selain botol ni kongsi2 la info....
lihat la sendiri di mana yang sama tak serupa pada botol keluaran suntolley's ni
layannnnnn......................





























jika ada sesiapa yang berminat dgn botol ni boleh la menghubungi saya untuk urusan pembelian sebab saya ada lebih beberapa biji sahaja tapi botol kosong je.. arinya dah habis kena minum.


Rabu, 25 Ogos 2010

Penemuaan pertama dari pencarian

Dengan rasa gembira dan bangganya saya ingin menyatakan bahawa penemuan botol yang pertama dalam pencarian bermula 16 ogos 2010 telah berjaya di miliki. seperti kata mgtbobber
( BOTOL SODA ) kalau dah jodoh tak kemana... itulah yang saya alami sendiri...
botol ni dah lama sangat saya cari, botol berdarah kalau ikut kamus bahasa en mat tambahan pula tinggal botol ni saja lagi untuk melengkapi set botol tersebut.... memang amat payah sekali untuk mencari botol yang satu ni.... dari berkat kesabaran dan penantian selama ini maka telah berjaya memiliki botol ni....rezeki di bulan puasa dan kehendak allah maka botol tersebut telah berada didalam simpanan saya... memang sungguh gembira rasa dihati ,senyum dari semalam hingga kini mungkin juga sampai berhari2..hehehehe.
pada 20 ogos 2010 ketika saya memandu kereta dalam perjalanan pulang kekampung saya menerima satu sms yang menyata botol yang saya cari ada padanya..
maka tertanya2 lah saya pada diri sendiri siapa kah yang mempunyai botol ni.. setalah beberapa jam berlalu maka terjadi la perbualan antara saya dan pemilik botol tersebut..... beliau hanya mahu dikenali sebagai din sahaja.. setelah berbual dlm masa yang singkat dan dipendekkan cerita abg din ni memberi botol tersebut kepada saya dengan ikhlas tanpa bayaran atau penukaran barang.. ia sebagai galakan bagi meneruskan hobi menyimpan botol...
ucapan ribuan terima kasih tak terhingga kepada abg din kerana memberi botol ini... jasa, galakan dan pemberian akan saya hargaai dan kenang sampai bila2.
dan semala botol tersebut telah sampai ketangan saya..... botol tersebuta adalah Botol dari keluarga MIRINDA iaitu Mirinda M hijau....
botol oh botol dapat juaga akhir nya... tapi pencarian saya belum berakhir, masih banyak botol yang belum saya ada....
apa2 pon mari kita layan botol ni....
Layannnnnnnn....................