Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini saya dan keluarga "sama tak serupa" ingin mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
ingin memohon maaf kepada semua, terutama sekali kepada geng2 botol, andai kata ada terkasar bahasa, tersilap kata atau mengata2 saya memohon seribu kemaafan.
kepada yang pulang ke kampung saya doa kan semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju,
memandu berhati2, jangan ikut perasaan, biar lambat asalkan selamat...
di sebabkan cuti panjang maka tiada entry dalam masa cuti tersebut maklumlah rumah kat kampung tak de internet.
selamat hari raya
maaf zahir dan batin

Khamis, 2 September 2010

Botol Bubble up

hari ni saya pening kepala sebab hari ni satu hari pusing2 cari kedai tayar.... apa taknya tayar kereta dah botok samapi nampak dawai...tak perasan langsung sebab tak tengok sangat...main naik je... lain la botol hari2 tengok sejuk hati... tengah2 pening ni saya nak entry la pulak botol ,
botol apa ni ya....nampak menarik... ni adalah diantara botol kesukaan saya.... hijau je botol ni...
hehehe...
ini la dia botol Bubble up.... setakat ni saya ada 4 versi je botol Bubble up ni ... pada kawan2 jika ada versi lain botol ni kongsi2 la info....
keadaan botol ni tak berapa boleh dibanggakan disebabkan mempunyai kecacatan
pada lebelnya.. apa2 pon saya masih berpuas hati kerana memiliki botol ni... sambil2 tu cari juga yang elok untuk upgread mana yang kuarang elok.
Ada yang sama tak serupa pada botol Bubble up ni apa2 pun
layannnnnnnnnnnnnnnnn....